Kad Kahwin DIY

kad-kahwin

Sekarang nie, banyak benda yang boleh dihasilkan dengan cara DIY sahaja dan hasil dari DIY ini sungguh kreatif dan cantik. Untuk majlis perkahwinan anda, apa kata anda cuba menghasilkan sendiri kad undangan perkahwinan. Di sini, saya ingin mengkongsikan cara-cara untuk menghasilkan kad kahwin DIY. So barang-barang yang perlu ada adalah :

– kertas kraf warna coklat saiz A4

– kertas dolly warna putih

– tali

Cara – cara penghasilan kad kahwin DIY ialah :

First sekali, anda lakarlah terlebih dahulu isi-isi yang perlu ada pada kad kahwin anda. Anda boleh membuat lakaran di MS word ataupun adobe photoshop. Selepas anda berpuas hati dengan lakaran tersebut, print menggunakan kertas biasa untuk melihat saiz bersesuaian ataupun tidak. Jika anda telah berpuas hati dengan lakaran anda dan saiz sesuai, anda boleh print di atas kertas kraf. Untuk kuantiti yang selebihnya terpulang kepada anda sama ada ingin fotostat ataupun print.

Next step lepas ada kad yang telah diprint comel2, anda boleh la balutkan kertas dolly pada kad kahwin tersebut. Kemudian, ikatlah menggunakan tali. Ini terpulang kepada kreativiti anda. Jika anda inginkan ianya ceria, bolehlah ikat menggunakan reben yang berwarna-warni.

Advertisements