Tips Hantaran Perkahwinan

hantaran-kahwin

Hantaran perkahwinan merupakan tradisi orang melayu secara turun-menuran semasa majlis perkahwinan diadakan. Ianya tidaklah menjadi kewajipan yang perlu dilakukan, hanya sebagai adat orang melayu dalam majlis perkahwinan. Hantaran perkahwinan merupakan satu elemen yang penting dalam majlis pernikahan dan biasanya menjadi pertukaran antara pihak pengantin lelaki dan pihak pengantin perempuan. Warna hiasan barang untuk hantaran selalunya bersesuaian dengan tema yang telah ditetapkan. Artikel di bawah adalah beberapa tips hantaran perkahwinan.

1) Bincang dengan pasangan

Sebelum anda membeli barang-barang hantaran, bincanglah dulu dengan pasangan     anda untuk menetapkan jumlah dulang hantaran. Kebiasaannya jumlah dulang hantaran adalah ganjil. Bilangan dulang hantaran bagi pihak pengantin perempuan adalah lebih dua dulang dari pihak pengantin lelaki. Jika pihak lelaki membawa 7 dulang hantaran, pihak perempuan membalas sebanyak 9 dulang hantaran. Kemudian anda boleh bersama-sama dengan pasangan untuk menyenaraikan barang hantaran yang ingin dibeli.

2) Beli ikut kemampuan

Belilah barang hantaran mengikut kemampuan anda di mana barang hantaran itu dapat digunakan untuk hari-hari yang akan datang. Jualan murah ataupun ‘year of sale’ adalah waktu yang tepat untuk anda membeli barang-barang hantaran. Anda dapat menjimatkan kos kewangan anda dalam membeli barang-barang berjenama kerana harganya lebih murah.

3) Saiz barang hantaran sederhana

Anda perlu elakkan membeli barang hantaran yang terlalu besar kerana ianya menyukarkan semasa mengubah barang hantaran.

4) Senarai barang-barang hantaran 

list di bawah adalah beberapa barang-barang hantaran yang dapat memberi idea kepada anda untuk membeli barang hantaran.

Barang hantaran dari pengantin perempuan kepada pengantin lelaki    :

  • Jam tangan
  • Kasut
  • Set beg dompet + tali pinggang
  • Kemeja + tie
  • Buah-buahan
  • Kek
  • Coklat / manisan
  • Muffin
  • Set wangian
  • Sejadah

Barang hantaran dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan     :

  • Cincin
  • Jam tangan
  • Kasut
  • Beg tangan
  • Buah-buahan
  • Kek
  • Muffin
  • Telekung + sejadah
  • Set wangian
  • Set peralatan solek
Advertisements