Tips Merancang Pelamin Perkahwinan

d026_1u

Mungkin ada di antara anda yang kreatif dan ingin menghasilkan sendiri pelamin perkahwinan. Anda memerlukan masa yang panjang untuk persediaan dan membuat pelamin perkahwinan anda. Ini kerana supaya anda berpuas hati dengan pelamin buatan anda sendiri. Artikel di bawah, telah saya gariskan beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk merancang pelamin perkahwinan anda dan pasangan.

Mencari idea pelamin perkahwinan

Sebelum anda membuat pelamin anda, carilah idea atau inspirasi daripada pelamin orang lain. Ini dapat memudahkan kerja anda untuk membuat pelamin anda. Anda juga boleh mencuba benda yang baru dalam menghias pelamin anda dan ini mungkin akan menjadi idea kepada pengantin lain pula.

Memilih warna untuk pelamin

Anda perlu memilih warna pelamin yang bersesuaian dengan baju perkahwinan anda. Pastikan anda tidak nampak tenggelam apabila duduk bersanding di atas pelamin nanti. Hiasan untuk pelamin pula, anda boleh menggnakan seperti bunga-bunga, dedaun, kayu atau tekstur linen tetapi jika anda inginkan kelainan, anda boleh mencuba menghias dengan benda yang baru.

Ruangan pelamin

Sebelum anda mencadang untuk membuat pelamin perkahwinan anda, pastikan anda telah mengukur ruang untuk meletakkan pelamin anda. Pastikan ruangan itu sesuai dengan pelamin hiasan anda nanti. Dan jika idea-idea anda tidak sesuai dengan tempat anda, maka anda perlulah fleksibelkan dan memikirkan cara lain untuk menyesuaikan idea anda untuk ruang yang sedia ada.

Mempunyai perspektif

Anda perlulah belajar untuk mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang perlukan anda mengeluarkan kos yang terlalu tinggi kerana tiada siapa yang akan melihat atau perasan benda yang kurang kecuali anda. Anda perlulah senaraikan beberapa perkara yang anda benar-benar mahu tetapi ia besesuaian dengan bajet anda.

Melakukan perbandingan

Membuat perbandingan harga untuk hiasan pelamin adalah suatu perkara yang amat penting supaya anda dapat barang yang sama tetapi dengan harga lagi murah. Di samping itu, ianya juga dapat menjimatkan wang anda. Anda juga boleh menanyakan pendapat daripada sahabat-sahabat anda yang lain dan mencari di laman sesawang.

Pelamin DIY

Cuba anda mencuba dengan membuat pelamin DIY, anda mungkin mempunyai idea-idea yang hebat dan inginkan membuatnya sendiri. Walaupun tidak menjadi kewajipan untuk anda membuat pelamin sendiri, tetapi tidak salah jika anda ingin mengelakkan pembaziran kerana mungkin segala peralatan DIY yang anda beli boleh digunakan semula untuk menghias rumah baru anda.